Pernah tak anda bangun pagi,nak bersiap pergi kerja, tiba-tiba rasa loya, perut memulas, dan jantung berdebar-debar tanpa sebab? Ramai yang segera mencapai ubat gastrik atau sapu minyak angin kerana menyangka tersalah makan malam tadi. Hakikatnya,perut anda mungkin sihat, tetapi mental anda yang sedang menjerit meminta tolong. Dari sudut psikologi dan perubatan,ini adalah manifestasi fizikal akibat tekanan melampau yang dikenali sebagai ‘Morning Anxiety’.
Secara biologinya, pada waktu pagi sekitar jam enam hingga lapan pagi, otak kita secara semula jadi akan melepaskan hormone kortisol yang paling tinggi untuk mengejutkan tubuhdaripada tidur (Cortisol Awakening Response). Namun,bagi individu yang mengalami persekitaran tempat kerja yang toksik,bebanan yang tidak masuk akal,atau mempunyai kos yang menekan, rembesan hormone kortisol ini akan mencanak naik pada tahap yang tidak normal dan bertukar menjadi hormon stress yang meracuni sistem saraf.
Jangan pandang remeh isyarat tubuh anda. Berdebar nak pergi kerja sekali-sekala itu normal, tetapi jika ia berlaku setiap hari sehingga merosakkan fungsi fizikal, itu bermakna persekitaran kerja tersebut sedang membunuh anda secara senyap. Kepada pekerja diluar sana, ambil masa untuk bernafas dalam-dalam setiap pagi. Jika keadaan semakin menekan, jangan malu untuk berjumpa kaunselor atau pakar psikiatri, dan mungkin sudah tiba masanya untuk anda merancang mencari persekitaran kerja yang lebih waras.
Sumber: Public Health Malaysia



