MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL

Ayer Keroh – Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini dan menegaskan bekalan air di negeri ini masih dalam keadaan terkawal.

Badan Kawal Selia Air (BKSA) Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) negeri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan cuaca panas berpanjangan serta pengurangan taburan hujan baru-baru ini sedikit memberi kesan kepada paras sumber air mentah, namun situasi masih terkawal.

Memetik kenyataan, BKSA bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sedang melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan bekalan air terus mencukupi dan stabil.

“Kerajaan Negeri ingin menekankan bahawa maklumat yang tular mengenai catuan air adalah tidak benar. Bekalan air masih mencukupi dan stabil untuk kegunaan rakyat

“Kerajaan Negeri komited memastikan pelbagai usaha dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan bekalan air sentiasa terpelihara.

“Beberapa langkah telah diambil bagi memastikan bekalan air antaranya mengoptimumkan operasi loji rawatan air serta penggunaan kolam dan tasik sedia ada; pertingkat pemantauan sumber air mentah secara berterusan dan kurangkan kehilangan air melalui kawalan kebocoran dan tambah baik sistem agihan,” menurut kenyataan.

Ujar kenyataan, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah dan mendapatkan maklumat hanya daripada saluran rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

“Sokongan masyarakat amat penting bagi memastikan bekalan air kekal mencukupi untuk kegunaan bersama.

“BKSA berharap hujan yang mencukupi akan turun di kawasan tadahan air bagi mengekalkan kestabilan bekalan air di negeri ini,” katanya.

  • Melaka Hari ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …