WIRA PENDERMA ORGAN

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dengan penuh takzim memaklumkan bahawa sebanyak tiga (3) kes pendermaan organ dan tisu telah berjaya disempurnakan setakat Mac 2026.

Pihak pengurusan HSNZ merakamkan ucapan takziah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga penderma atas keikhlasan serta kemuliaan hati membenarkan urusan pendermaan ini dilaksanakan.

Keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada diri insan tersayang merupakan sebuah pengorbanan yang amat bermakna bagi memberikan sinar kehidupan baharu kepada pesakit yang memerlukan. Semoga amal jariah ini menjadi pahala berterusan buat penderma dan sumber kekuatan buat keluarga yang ditinggalkan.

Berikut adalah ringkasan perolehan organ dan tisu bagi tahun 2026:

  • Kes Pertama (Januari 2026): Dua buah pinggang, sebelah mata (kornea), dan tulang.
  • Kes Kedua (Februari 2026): Sepasang mata (kornea).
  • Kes Ketiga (Mac 2026): Dua buah pinggang dan hati.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak dan petugas kesihatan yang terlibat dalam memastikan pengurusan pendermaan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

HSNZ amat berbesar hati terhadap kesedaran dan penerimaan masyarakat di Terengganu terhadap pendermaan organ terus meningkat demi membantu lebih banyak nyawa di luar sana.

 

Sumber: FB Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …