KERAJAAN KOMITED LAKSANA PELBAGAI USAHA PEMBANGUNAN MENYELURUH

ULANG TAHUN: Musa bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah pada Isnin.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tetap komited melaksanakan pelbagai usaha pembangunan menyeluruh termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, usaha itu turut melibatkan pembangunan infrastruktur serta peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, dan keselamatan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, dalam menjayakan agenda berkenaan, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, jujur dan berintegriti.

Menurutnya, ia bagi memastikan setiap dasar serta inisiatif kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

Tambahnya, dengan terbentuknya kerajaan negeri yang baharu bagi penggal kedua pada November lalu, agenda pembangunan yang holistik berteraskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 iaitu lanjutan daripada Dasar Hala Tuju SMJ 1.0, akan menjadi panduan dan landasan dalam membawa negeri ini ke mercu kejayaan.

“Kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ 1.0, memberikan kita keyakinan bahawa pendekatan pentadbiran kerajaan sejak lima tahun lalu berada pada landasan yang tepat.

“Justeru, Pelan Pembangunan SMJ 2.0 merupakan lanjutan yang menuntut perubahan yang berterusan dalam mempertingkatkan keupayaan diri.

“Ia merangkumi perubahan cara berfikir dan bekerja serta mencipta nilai baharu untuk kemajuan dan pembangunan yang berterusan,” jelasnya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing dalam menjunjung tinggi nilai profesionalisme, memelihara disiplin dan berpegang teguh kepada integriti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Saya yakin, pentadbiran yang berteraskan integriti dan tadbir urus yang baik akan mampu meningkatkan keyakinan pelabur, memperkukuh daya saing ekonomi negeri serta mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah pembangunan yang mampan,” katanya.

Hajiji berkata, segala usaha dan inisiatif murni kerajaan hendaklah dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan Sabah terus bergerak maju dan mencapai pembangunan yang mampan selaras dengan aspirasi pembangunan negeri.

Selain itu beliau serta seluruh anggota pentadbiran negeri amat menghargai kepimpinan, kebijaksanaan serta naungan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman, yang menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan keharmonian rakyat di negeri ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …