DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Sepasukan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang dengan kekuatan seramai 33 anggota termasuk pegawai telah melaksanakan satu operasi khas dikenali sebagai “Ops 3 Penjuru”. Operasi yang bermula jam 8:30 malam sehingga 5:30 pagi itu dijalankan di daerah Seberang Perai Utara, khususnya di kawasan Bagan Luar yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan golongan “mat rempit” berkumpul serta menjalankan aktiviti tidak berfaedah termasuk lumba haram dan aksi tunggangan berbahaya.
JPJ Pulau Pinang akan terus memperhebatkan operasi penguatkuasaan di seluruh negeri tanpa kompromi terhadap mana-mana pesalah jalan raya. Tindakan tegas termasuk sitaan kenderaan akan dilaksanakan bagi memastikan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



