HAJIJI BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI KG. BOLONG LAMA

SERAH: Hajiji menyaksikan penyerahan Sumbangan Khas Pengimarahan dan Bil Utiliti Masjid daripada MUIS kepada Pengerusi Masjid Nurusaadah Kg. Bolong Lama pada majlis itu.

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Nurusaadah, Kampung Bolong Lama di sini, pada Isnin.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin, warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) itu turut diserikan dengan pengisian tazkirah Ramadan, diikuti jamuan berbuka puasa serta solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

Turut hadir ialah ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali, Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah, Pegawai Daerah Tuaran, Ibrahim Terki, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang dan Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …