OPERASI RONDAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Sepasukan Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang (UPLM 1), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan operasi rondaan di sepanjang Lebuhraya Utara–Selatan bermula dari Susur Bertam sehingga ke Susur Bandar Baharu.

Dalam operasi tersebut, UPLM 1 telah menahan sebuah motolori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan mendapati lesen memandu (CDL) serta Lesen Vokasional (GDL) pemandu berkenaan telah DIGANTUNG oleh mahkamah atas kesalahan lampau. Semakan terhadap motolori yang dipandu juga mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh, tiada perlindungan insuran yang sah serta Pemeriksaan Berkala (Puspakom) tamat tempoh.

Susulan itu, pengeluaran notis saman JPJ (P22) telah dilaksanakan ke atas pemandu. Motolori tersebut turut DISITA di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan tindakan lanjut. Tindakan tegas ini diambil bagi memastikan kesalahan yang sama tidak berulang serta memberi peringatan jelas kepada pemandu dan pemilik kenderaan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …