PERANCANGAN STRATEGIK PERKUKUH PRESTASI SYARIKAT

ALBUM: Mohd Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Faez dan Catherine serta pihak pengurusan AHSB sempena pertemuan itu.

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Mohd Ishak Ayub, menghadiri satu sesi perbincangan dan taklimat bersama pengurusan tertinggi Angkatan Hebat Sdn Bhd (AHSB) bagi meneliti perkembangan semasa, hala tuju strategik serta kedudukan kewangan syarikat itu, Selasa lepas.

Sesi perbincangan itu turut disertai Setiausaha Rendah Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan, Noorhaneem Shahrain bersama pegawai-pegawai daripada Unit Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan.

Dalam sesi itu, pihak pengurusan AHSB menyampaikan taklimat terperinci mengenai sejarah penubuhan syarikat, perancangan strategik masa hadapan serta prestasi kewangan semasa, selaras dengan usaha memperkukuh pemantauan terhadap agensi dan pelaburan berkaitan kerajaan negeri.

Taklimat tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AHSB, Faez Ainstein Nordin bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Catherine Kwan, yang turut berkongsi perkembangan operasi serta perancangan strategik syarikat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan AHSB atas taklimat komprehensif dan pencerahan yang diberikan sepanjang sesi itu, yang disifatkan sebagai penting dalam memastikan ketelusan maklumat, pemantauan berkesan serta pengukuhan tadbir urus pelaburan awam negeri.

Perbincangan seumpama itu juga dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi pelaburan, ke arah memastikan pengurusan aset dan pelaburan negeri terus dilaksanakan secara cekap, berintegriti dan mampan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …