PESAWAT TUDM HANTAR BANTUAN MAKANAN KE KAMPUNG SUMAMBU

BANTUAN: Bekalan bantuan makanan dimasukkan ke dalam pesawat helikopter AW139 TUDM untuk dihantar ke Kampung Sumambu, Kemabong.

TENOM: Bantuan makanan seberat 1,179 kilogram dihantar ke Kampung Sumambu, Kemabong menggunakan pesawat helikopter AW139 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membantu penduduk yang terjejas.

Penghantaran bantuan berkenaan dilaksanakan kira-kira jam 12 tengah hari tadi dari Dewan Ontoros menerusi kerjasama pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan.

Antara agensi yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kampung (JPKA), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) serta Pusat Daerah Kemabong.

Bantuan yang dihantar membabitkan 27 bakul makanan daripada JPKA dan 27 bakul makanan daripada PBSM.

Selain itu, sebanyak 27 unit air mineral jenama Sasa serta 27 kampit beras turut dibawa dalam penghantaran berkenaan.

Semua bekalan bantuan dihantar menggunakan pesawat AW139 milik TUDM yang berlepas dari Dewan Ontoros sebelum mendarat di Kampung Sumambu bagi diserahkan kepada penduduk kampung.

Penghantaran melalui udara dijalankan bagi memastikan bantuan dapat sampai dengan cepat memandangkan kawasan berkenaan sukar diakses melalui laluan darat ketika ini.

Operasi bantuan berkenaan diselaraskan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tenom.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

OSTEX EAST 1/26 TINGKAT KEUPAYAAN TEMPUR ARMADA TIMUR

PERKASA: Pelaksanaan latihan itu merupakan persiapan strategik ke arah Eksesais KERISMAS 29/26. KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui …

KUASA PELAKSANAAN 83 PROJEK BALB DISERAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH AHMAD ZAHID

Ahmad Zahid mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penyerahan Projek BALB kepada Kerajaan Negeri Sabah di pejabat Kementerian Pembangunan Luar …

26 TONG SISA BAHAN KIMIA DITEMUKAN DALAM KEBUN KELAPA SAWIT

Sebanyak 26 tong berisi sisa bahan kimia ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.  Pusat …