BANTUAN IMARAH RAMADAN PERKUKUH AKTIVITI KEAGAMAAN MELALAP

SERAH: Jamawi (tiga kiri) menyampaikan cek replika sumbangan kepada Dr Zulasri (dua kanan) sambil disaksikan oleh tetamu jemputan yang lain.

TENOM: Program Semarak Ramadan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap bertemakan ‘Semerbak Kasih, Seharum Budi’ dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh aktiviti keagamaan serta kebajikan masyarakat menjelang bulan Ramadan.

Program itu turut menyaksikan penyaluran sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Tabung Badan Dakwah Daerah Tenom.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar dan diterima oleh Pengerusi Badan Dakwah Daerah Tenom, Dr Zulasri Pitting yang juga Penolong Pegawai Daerah Tenom.

Selain itu, bantuan untuk Imarah Ramadan turut disampaikan kepada 11 buah masjid, 18 buah surau serta dua madrasah tahfiz dalam kawasan DUN Melalap.

Jamawi yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berharap bantuan itu dapat membantu pengurusan masjid dan surau melaksanakan pelbagai program sepanjang Ramadan termasuk aktiviti ibadah, kebajikan dan pengimarahan rumah ibadat.

Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif itu memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

“Semoga bantuan ini dapat membantu semua masjid dan surau dalam melaksanakan program sepanjang Ramadan,” katanya pada program yang diadakan di Dewan Terbuka Sekolah Agama Negeri (SAN)  Chinta Mata di sini kelmarin.

Turut hadir, Pemimpin Pembangunan Masyarkat (PPM) DUN Melalap, Denesly Justin.

Selepas program, Jamawi mengadakan ziarah bagi menyantuni keluarga yang kehilangan ahli keluarga, memberikan sokongan moral, serta menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati di Kampung Tuan dan Kampung Pulong.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …