KEMPEN PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sempena kemeriahan Bazar Ramadan tahun ini, Unit Kawalan Tibi / Kusta Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah melaksanakan Kempen Pencegahan Penyakit Tibi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya dan langkah pencegahan penyakit tibi (batuk kering).

Tibi merupakan penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui udara apabila pesakit batuk, bersin atau bercakap. Antara gejala tibi ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam berpanjangan, berpeluh pada waktu malam, hilang selera makan dan penurunan berat badan.

 

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/jknpenang

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …