SPRM TAHAN PENJAWAT AWAM SYOR KELUARGA TERIMA RUMAH SMJ

FUAD

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan dua ahli keluarganya sebagai penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) walaupun tidak memenuhi syarat kelayakan.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 9.50 pagi Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan pada 2022 dengan mengesyorkan nama bapa mentua dan adik iparnya bagi program bantuan perumahan itu.

Rumah yang dibina atas nama kedua-dua individu berkenaan siap pada 2023.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati kediaman itu masih belum didiami sehingga 2025 sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kelayakan sebenar penerima dan berpotensi menjejaskan objektif program bantuan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sandakan dalam masa terdekat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …