CUBAAN CEROBOH RUMAH GAGAL, LELAKI DITAHAN POLIS

PADAH: Suspek terbabit berjaya ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Cubaan seorang lelaki untuk menceroboh sebuah rumah di Taman Rainbow di sini gagal apabila gerak-gerinya dikesan polis sebelum sempat melakukan sebarang perbuatan, semalam.

Suspek warga tempatan berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.40 petang oleh sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek dikesan berada di sekitar rumah terbabit dalam keadaan mencurigakan sebelum bantuan tambahan dipanggil ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tombol pintu belakang rumah berkenaan didapati tiada dan dipercayai telah diumpil.

“Polis turut menemui sebilah pemotong paip yang disembunyikan di belakang rumah.

“Bagaimanapun, suspek tidak sempat masuk ke dalam rumah atau mengambil sebarang barangan sebelum berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke IPD Tawau bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Dalam pada itu, Jasmin menegaskan pihak polis memandang serius sebarang cubaan pecah rumah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba mengganggu ketenteraman awam.

“Orang ramai diminta supaya sentiasa berwaspada dan segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang pergerakan atau aktiviti mencurigakan di kawasan perumahan.

“Penduduk juga digalakkan mengamalkan konsep kejiranan dan sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling bagi membantu mencegah kejadian jenayah,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …