CAKNA KESEDARAN ASPEK KESELAMATAN

KESEDARAN: Program derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Putatan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, di sini, semalam.

PUTATAN: Komuniti setempat diminta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran dalam usaha menangani insiden kecelakaan yang mampu memusnahkan harta benda dan hilang nyawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata, penduduk di Putatan dan DUN berkenaan secara amnya perlu cakna terhadap hebahan daripada pihak berkaitan untuk mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

“Saya menyeru kepada para penduduk di Putatan supaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap risiko-risiko kebakaran ini.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah aspek keselamatan terutama di kediaman masing-masing kerana sikap sambil lewa mengenai elemen keselamatan akan meningkatkan risiko berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Putatan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, di sini, semalam.

Teks ucapanya dibacakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat, Latip Jiar.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Shah Alfie mendedahkan ia merupakan medium terbaik merapatkan komuniti setempat dan dalam masa sama menyumbang kepada tabung darah hospital bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Insya-Allah, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Program ini bukan sahaja mendekatkan pihak berkuasa atau agensi kerajaan bersama masyarakat awam, bahkan ia dapat menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan khususnya stok-stok bekalan darah yang sentiasa diperlukan di fasiliti hospital,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …