LIMA LELAKI DITAHAN, BARANG CURI RUMAH BERNILAI RM10,000 DIRAMPAS

TANGKAP: Semua suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

PENAMPANG: Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah dalam satu serbuan di Putatan, semalam.

Semua suspek berusia antara 26 hingga 31 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang hasil siasatan kes pecah rumah di sebuah rumah tidak berpenghuni yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian pecah rumah berkenaan mengakibatkan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

“Bertindak atas maklumat, polis menjalankan serbuan ke atas sebuah rumah di Putatan sebelum berjaya menahan lima suspek.

“Hasil serbuan turut menemui dan merampas pelbagai barangan yang disyaki berkaitan dengan kes pecah rumah serta dipercayai hasil kegiatan curi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, semakan rekod mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan pecah rumah dan dadah.

“Saringan awal air kencing pula mendapati dua daripada suspek didapati positif dadah,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek kini direman di lokap IPD Penampang bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebat,” katanya.

Sammy berkata, polis akan terus mempergiatkan usaha membanteras jenayah harta benda dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan keselamatan premis serta harta benda, khususnya rumah yang tidak berpenghuni.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah diminta menyalurkannya kepada Polis Diraja Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …