MEMPERKASA MASYARAKAT ORANG ASLI BUKIT PAYUNG

Taboh Naning – Pembangunan masyarakat Orang Asli di Bukit Payung dilaksanakan secara inklusif mencakupi aspek sosial, kesihatan, akademik dan fizikal melibatkan penyediaan pelbagai kemudahan asas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, bagi memastikan pembangunan disusun tidak terbantut beliau bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan terutamanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Katanya, ketika ini infrastruktur asas di penempatan berkenaan adalah mencukupi namun ia perlu disusuli dengan kerja-kerja penyelenggaraan agar memberikan manfaat berpanjangan kepada penduduk.

“Contoh kemudahan yang sudah disediakan adalah dewan orang ramai, padang futsal, taman permainan dan surau bagi penduduk beragama Islam.

“Hasil kerjasama dengan JAKOA pula kita akan laksanakan kerja-kerja membaiki jalan yang rosak dan menaik taraf sistem perparitan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu Zulkiflee berkata, pembangunan sosial dan pendidikan masyarakat Orang Asli di Bukit Payung turut menunjukkan perkembangan positif termasuk dalam kalangan penduduk beragama Islam.

“Kira-kira 50 orang daripada hampir 600 penduduk beragama Islam dan kita amat berbesar hati apabila Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) banyak membantu.

“Misalnya di perkampungan ini terdapatnya Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang sudah beroperasi selama dua tahun dan mempunyai kira-kira 30 orang murid termasuk anak-anak bukan beragama Islam,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …