PENGEDAR DITAHAN BERSAMA SYABU LEBIH 50 GRAM DI SEMPORNA

RAMPAS: Dadah jenis syabu milik suspek yang berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama lebih 50 gram dadah jenis syabu di Kampung Batu, di sini, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu diberkas kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Polis Tan Hiap Wah, berkata pihaknya menjalankan Operasi Tapis selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di kampung berkenaan

Katanya, pasukan operasi mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menghampiri suspek yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan, namun berjaya diberkas.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki dadah jenis syabu seberat 51.13 gram yang disimpan dalam bungkusan plastik hitam dan berada dalam genggaman tangannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek terbabit merupakan warga asing dan hasil ujian saringan air kencing mendapati positif Amphetamine dan Methamphetamine.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Tan menegaskan polis akan terus mempergiat usaha membanteras jenayah narkotik di daerah ini demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya generasi muda di Semporna.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta tampil menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …