HOSPITAL MELAKA SEDIA RUMAH PENGINAPAN PERCUMA UNTUK WARIS PESAKIT

Pengkalan Batu – Hospital Melaka kini dilengkapi dengan kemudahan Anjung Kasih iaitu rumah penginapan sementara secara percuma untuk waris pesakit.

Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan hospital utama Melaka itu bersama kerajaan dalam menyantuni kebajikan waris pesakit serta menyokong kesejahteraan keluarga sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang menyeluruh.

Hospital Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, Anjung Kasih merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan sokongan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) serta penaja utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jelas Hospital Melaka, kemudahan itu disediakan khusus bagi membantu waris pesakit yang kurang berkemampuan, termasuk mereka yang menunggu rawatan di wad, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) atau klinik pesakit luar, tertakluk kepada kekosongan dan tahap kesihatan waris.

“Antara fasiliti yang disediakan di Anjung Kasih Hospital Melaka adalah bilik keluarga, asrama lelaki dan wanita, pantri, ruang lobi, kemudahan basuhan serta surau bagi penghuni wanita.

“Semua kemudahan ini disediakan bagi memastikan keselesaan dan kebajikan waris pesakit sepanjang tempoh menginap,” kata kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Hospital Melaka.

Anjung Kasih Hospital Melaka beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam pada Isnin hingga Jumaat, manakala bagi Ahad dan hari kelepasan am, waris pesakit boleh mendaftar masuk secara kendiri.

Borang daftar masuk ke Anjung Kasih boleh diambil di wad atau ETD atau klinik dan perlu mendapatkan pengesahan daripada penyelia atau jururawat bertugas. Waris kemudiannya boleh terus ke Anjung Kasih untuk proses daftar masuk.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …