SIMPAN EMAS, LINDUNGI MASA DEPAN ANDA

Emas bukan sekadar perhiasan yang melengkapkan penampilan seorang wanita malah ia merupakan aset perlindungan kewangan yang semakin mendapat perhatian masyarakat. Sejak dahulu lagi, emas diiktiraf sebagai penyimpan nilai yang kukuh kerana harganya cenderung meningkat dari tahun ke tahun. Berbeza dengan wang kertas yang terdedah kepada inflasi dan penyusutan nilai. Emas  dilihat lebih stabil dalam jangka masa yang panjang sebagai pilihan selamat untuk simpanan dan pelaburan.

Nilai emas yang stabil menyebabkan ramai pelabur memilih pelaburan berkaitan emas sama ada dalam bentuk emas fizikal mahupun akaun simpanan emas kerana pulangannya yang berpotensi menguntungkan. Fenomena ini turut menarik minat golongan muda yang semakin celik kewangan dan sedar akan kepentingan membuat simpanan awal untuk masa hadapan. Kini semakin ramai anak muda mula melibatkan diri dalam simpanan emas seperti Public Gold, Maybank Gold Account-i, CIMB e-Gold, Public Bank e-Gold serta lain-lain agensi dan institusi kewangan yang menawarkan pelaburan emas secara fizikal dan digital. Tambahan pula, promosi tentang kepentingan menyimpan emas semakin meluas di platform media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram.

Jika dilihat dari sudut perbandingan harga pada tahun 2018, emas perhiasan 916 seberat satu kilogram boleh dibeli dengan harga sekitar RM163,000 – RM204,000/kg. Namun, pada tahun 2026, nilainya telah meningkat kepada kira-kira RM580,000 – RM685,000/kg. Peningkatan yang sangat tinggi dalam tempoh sembilan hingga sepuluh tahun ini jelas membuktikan potensi emas sebagai aset bernilai.

Walaupun terdapat pandangan bahawa emas perhiasan 916 kurang menguntungkan berbanding emas 999 atau Gold Bar. Pilihan tersebut bergantung kepada citarasa dan matlamat seseorang individu. Emas 916 bukan sahaja berfungsi sebagai aset simpanan tetapi juga sebagai perhiasan diri wanita, malah ia juga mempunyai nilai estetik ketika dipakai. Selain itu, emas mempunyai nilai universal dan mudah dicairkan kerana diterima di seluruh dunia. Oleh itu, individu yang menyimpan emas boleh dianggap sebagai golongan yang bijak merancang dan melindungi masa depan kewangan mereka.

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/738238/bisnes/emas-bersinar-sebagai-aset-selamat-ketika-ketidaktentuan-dunia—mga

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …