LELAKI WARGA ASING DITAHAN POSITIF DADAH BERSAMA TEMBAGA DICURI DI KOTA MARUDU

TAHAN: Suspek ditahan bersama tembaga yang dicuri.

KOTA MARUDU: Pasukan Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu menahan seorang lelaki warga asing ketika menjalankan rondaan cegah kemalangan dan Op Pematuhan di Jalan Ranau, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Simiun Lomudin berkata, suspek ditahan selepas anggota BSPT mengesan sebuah kenderaan jenis sedan dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Pemandu lelaki kemuduan dibawa ke Pejabat Trafik IPD Kota Marudu bagi tujuan siasatan selepas didapati gagal mengemukakan lesen memandu serta dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan lanjut mendapati suspek membuat pengakuan lisan mengambil dadah, manakala ujian saringan air kencing mengesahkan individu berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

“Dalam operasi sama, hasil pemeriksaan kenderaan yang dipandu suspek turut menemukan sebuah beg plastik mengandungi tembaga yang disyaki hasil curi.

“Rampasan kenderaan berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, pihak polis menegaskan usaha penguatkuasaan dan rondaan akan diteruskan secara berterusan bagi mengekang jenayah serta penyalahgunaan dadah di daerah ini.

“Orang awam diseru menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti dadah ke balai polis berhampiran bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tindakan susulan,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PROGRAM JUALAN …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) PROGRAM JUALAN …