STATISTIK ALAM SEKITAR 2025

Perubahan iklim terus memberi kesan kepada negara pada tahun 2024, mengakibatkan pelbagai impak alam sekitar serta peningkatan kejadian bencana seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan kebakaran. Jumlah keseluruhan kejadian bencana kecil pada tahun 2024 meningkat kepada 228 kejadian berbanding 170 kejadian yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Antara negeri yang merekodkan bilangan kejadian bencana tertinggi adalah Terengganu dan Perak, masing-masing mencatatkan 28 kejadian diikuti Pahang dan Selangor dengan 24 kejadian. Banjir kekal sebagai bencana utama dengan mencatatkan 218 kejadian atau 95.6 peratus daripada keseluruhan kejadian bencana di Malaysia. Seiring dengan peningkatan ini, bilangan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut meningkat kepada 1,520 buah (2023: 1,218). Sementara itu, jumlah mangsa bencana yang terjejas akibat banjir, ribut, tanah runtuh dan kebakaran meningkat sebanyak 28.8 peratus kepada 259,841 orang berbanding 201,712 orang pada tahun 2023.

Walau bagaimanapun, bilangan kes demam denggi yang direkodkan pada tahun 2024 menunjukkan penurunan. Kes demam denggi di Malaysia menurun sebanyak 0.6 peratus kepada 122,423 kes pada tahun 2024 berbanding 123,133 kes pada tahun 2023. Antara negeri yang merekodkan penurunan kes demam denggi ialah Pulau Pinang yang menurun kepada 4,370 kes (2023: 7,346 kes), diikuti oleh W.P Kuala Lumpur (termasuk W.P Putrajaya) dengan 11,133 kes serta Kedah sebanyak 4,452 kes.

Selain itu, bilangan kes malaria di semua negeri turut menurun kepada 2,384 kes berbanding 3,629 kes pada tahun sebelumnya. Antara negeri yang merekodkan pengurangan kes malaria ialah Sabah (1,254 kes), Sarawak (599 kes) dan Kelantan (124 kes). Selain itu, kualiti udara pada tahun 2024 menunjukkan bilangan hari yang merekodkan bacaan kualiti udara berstatus sederhana bagi 65 stesen adalah antara 56 hingga 364 hari. Terdapat juga stesen yang merekodkan status tidak sihat pada tahun 2024. Stesen tersebut adalah stesen Bukit Rambai, Melaka (35 hari), Tanjung Malim, Perak (22 hari) serta Rompin, Pahang dan Kimanis, Sabah masing-masing 18 hari.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …