STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, NOVEMBER 2025

Siaran Terkini : 26 Disember 2025

Tujuh negeri merekodkan peningkatan jumlah perdagangan dengan nilai RM229.4 bilion pada bulan November 2025, dengan empat daripadanya merekodkan jumlah perdagangan, eksport dan import ke paras yang lebih tinggi.

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM263.9 bilion pada November 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM135.0 bilion dan RM128.9 bilion.

Eksport bernilai RM135.0 bilion pada November 2025, meningkat sebanyak RM8.9 bilion (+7.0%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM6.9 bilion), Johor (+RM5.2 bilion), Perak (+RM699.1 juta), Sabah (+RM36.3 juta) dan Negeri Sembilan (+RM17.7 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Selangor sebanyak RM1.4 bilion, Sarawak (-RM969.8 juta), Pahang (-RM658.8 juta), W.P. Labuan (-RM445.4 juta), W.P. Kuala Lumpur (-RM348.0 juta), Kedah (-RM272.5 juta), Kelantan (-RM266.2 juta), Terengganu (-RM66.9  juta), Perlis (-RM23.9 juta) dan Melaka (-RM4.5 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 39.2 peratus, diikuti oleh Johor (21.1%), Selangor (15.2%), Sarawak (6.7%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.3%).

Pada masa yang sama, import pada bulan November 2025 meningkat RM17.6 bilion (+15.8%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM9.4 bilion), Selangor (+RM5.0 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+3.2 bilion), Johor (+RM707.8 juta), Perak (+RM681.3 juta), Melaka (+RM398.3 juta) dan Sabah (+RM165.2 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Negeri Sembilan sebanyak RM368.3 juta, W.P. Labuan (-RM266.8 juta), Sarawak (-RM193.7 juta), Pahang (-RM140.7 juta), Kelantan (-RM91.3 juta), Perlis (-RM57.4 juta), Kedah (-RM48.6  juta) dan Terengganu (-RM27.3 juta).

Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 28.6 peratus, diikuti oleh Selangor (26.2%), Johor (18.3%), W.P. Kuala Lumpur (9.6%) dan Kedah (4.9%).

 

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …