SABAH SAMBUT BAIK KEPUTUSAN BERSEJARAH

HAJIJI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Persekutuan atas keputusan bersejarah untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah, serta mencerminkan komitmen tulen beliau untuk menegakkan apa yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam pertemuan dan perbincangan saya dengan Perdana Menteri, saya telah menyatakan pendirian tegas kerajaan negeri bahawa hak perlembagaan Sabah mesti dihormati, diiktiraf dan dilaksanakan.

“Keputusan untuk tidak membuat rayuan ini mencerminkan hubungan kerja yang kukuh antara kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji berkata, bahawa menghormati keputusan mahkamah merupakan langkah penting ke arah merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar di mana infrastruktur, pertanian dan kemudahan asas masih ketinggalan.

“Rakyat Sabah telah menunggu terlalu lama. Apa yang diperlukan kini ialah tindakan tegas dan kemahuan politik yang tulen untuk menunaikan serta melaksanakan hak 40 peratus itu,” katanya.

Hajiji menegaskan bahawa kerajaan negeri bersedia untuk terus berunding secara konstruktif dengan kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan arahan mahkamah untuk menyemak dan memuktamadkan perjanjian itu sambil menyeru rakyat agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …