HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KONSUL JENDERAL INDONESIA BAHARU

KUNJUNGAN HORMAT: Hajiji bersalam dengan Noorman Effendi semasa kunjungan hormat di Sri Gaya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu yang baharu, Bapak Noorman Effendi, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada Noorman atas pelantikannya dan menzahirkan harapan agar hubungan diplomatik serta kerjasama dua hala antara Sabah dan Republik Indonesia terus diperkukuh.

Beliau berkata, Sabah amat menghargai hubungan baik dengan Indonesia yang sekian lama terjalin, terutama dalam bidang ekonomi, pelaburan, pendidikan dan tenaga kerja.

“Hubungan baik ini bukan sahaja perlu diteruskan, malah diperluaskan agar memberi manfaat bersama kepada rakyat di kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Hajiji dan Noorman turut membincangkan usaha memperkukuh jaringan hubungan rakyat dengan rakyat antara Sabah dan wilayah-wilayah di Indonesia yang mempunyai persamaan geografi serta budaya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …