ENAM KEDAI JENIS TIDAK KEKAL MUSNAH DI TAWAU

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

TAWAU: Enam daripada lapan lot kedai sederet jenis tidak kekal di Kampung Kinabutan Kecil, Batu 4 di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 4.47 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Pasukan tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sederet lapan lot kedai berukuran 70 x 30 kaki persegi.

“Kebakaran memusnahkan enam lot dengan anggaran kemusnahan 80 peratus, manakala dua lagi lot berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebuah kenderaan turut terbakar sebanyak 10 peratus akibat terkena bahangan api.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran dan tiga pancutan dengan sumber air daripada tangki jentera sejauh 300 kaki.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.25 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 5.58 pagi,” katanya.

Jemishin berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian ini. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …