LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Sebelum Banjir

  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
  • Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
  • Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
  • Sediakan Peralatan Kecemasan.
  • Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  • Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.

Semasa Banjir

  • Jangan kembali ke rumah tanpa arahan pihak berkuasa
  • Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir
  • Elakkan menyentuh peralatan elektrik
  • Awasi anak-anak dan elakkan bermain air banjir
  • Minum air masak dan air berbungkus

Selepas Banjir

  • Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.
  • Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya-bahaya yang tersembunyi.
  • Jauhi peralatan/tiang elektrik yang jatuh/terputus
  • Elakkan terdedah dengan air banjir supaya tidak dijangkiti penyakit berjangkit
  • Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …