Kanak-kanak zaman kini sangat terdedah kepada teknologi malah mampu menggunakan alat teknologi serta duduk diam dalam masa yang lama. Namun, diam tersebut memberi peluang kepada anak kecik untuk menyerap segala maklumat yang baik atau buruk yang diperoleh melalui media sosial yang didedahkan. Ia juga mampu menjadi punca perubahan sifat anak bahkan merenggangkan hubungan keluarga.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting kerana peranti bukanlah pengasuh. Didik anak-anak dengan kasih sayang dan bukanlah dengan teknologi.
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia



