BAHAYA ROBLOX KEPADA KANAK-KANAK

Roblox ialah platform permainan dalam talian yang popular di seluruh dunia sejak tahun 2006. Ia menawarkan lebih 20 juta permainan ciptaan pengguna dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berimaginasi, belajar asas pengaturcaraan serta berinteraksi dengan rakan maya. Namun, di sebalik elemen pembelajaran dan kreativiti itu, Roblox turut menyimpan pelbagai risiko yang membimbangkan ibu bapa.

Antara bahaya utama ialah interaksi bebas dengan individu tidak dikenali yang boleh membuka ruang kepada gangguan siber atau “online grooming”. Selain itu, banyak permainan dalam Roblox mengandungi kandungan tidak sesuai seperti pakaian mencolok, pergaulan bebas dan tema dewasa yang bercanggah dengan nilai tempatan. Ketagihan bermain juga menjadi masalah apabila kanak-kanak menghabiskan masa berjam-jam sehingga menjejaskan pelajaran dan tidur.

Masalah lain termasuk pembelian Robux tanpa kawalan, menyebabkan ibu bapa terpaksa menanggung bil kad kredit tinggi, serta risiko akaun digodam akibat klik pada pautan mencurigakan. Malah, beberapa negara seperti Turkiye dan Iraq telah mengharamkan Roblox kerana isu moral dan keselamatan terhadap kanak-kanak.

Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dengan mengaktifkan ciri “Parental Control”, memantau permainan dan rakan anak-anak, menetapkan had masa bermain, serta menasihati mereka mengenai keselamatan dalam talian. Roblox boleh kekal menyeronokkan dan mendidik, tetapi hanya jika digunakan dengan pengawasan dan bimbingan yang betul.

Sumber: eCentral.my – Bahaya Roblox, Ketahui Risiko Permainan Ini Untuk Kanak-Kanak

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …