JPS TERENGGANU KENAL PASTI 460 ‘HOT SPOT’ BANJIR MUSIM TENGKUJUH

Sebanyak 460 kawasan di seluruh Terengganu telah dikenalpasti sebagai’ hot spot’ atau lokasi berisiko banjir pada musim tengkujuh yang dijangka bakal tiba.

Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah, ia peningkatan 11 kawasan berbanding 449 kawasan berisiko banjir pada tempoh Monsun Timur Laut (MTL) pada tahun lalu.

Hot spot terbanyak di Kuala Terengganu iaitu 97 kawasan diikuti Dungun (72), Setiu (59), Hulu Terengganu (63), Kemaman (55), Kuala Nerus (47), Marang (35) dan Besut (32). “Kuala Terengganu tertinggi kerana daerah tersebut mempunyai banyak penempatan.

Selain itu, tumpuan akan diberikan terhadap kawasan-kawasan terletak di tebing lembangan sungai-sungai utama di negeri ini seperti Sungai Terengganu, Sungai Dungun dan Sungai Kemaman. Sebanyak 43 perkampungan yang terletak di muara sungai juga berisiko dilanda banjir ekoran fenomena air pasang besar sepanjang tempoh MTL.

Selain hakisan pantai, kebimbangan kita taburan hujan terlalu lebat yang berlaku secara tiba-tiba, contohnya, di Hulu Terengganu dan Kampung La, Besut pernah ditimpa hujan 700 mililiter (ml) sehari masing-masing pada tahun 2022 dan 2023. Itu putara taburan hujan yang sepatutnya turun dalam tempoh tiga bulan.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …