POLIS TERENGGANU RANCANG PEMERIKSAAN MENGEJUT DI SEKOLAH TINGKAT KESELAMATAN PELAJAR

Polis Terengganu merancang untuk melaksanakan pemeriksaan mengejut di beberapa sekolah terpilih dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan dan disiplin dalam kalangan pelajar.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, langkah itu sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu isu keselamatan pelajar diberi perhatian serius.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu sedang merangka kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi melaksanakan pemeriksaan tersebut secara berperingkat.

PDRM Terengganu sedang merancang bersama JPNT untuk membuat ‘spot check’ di sekolah-sekolah terpilih dan keutamaan akan diberikan kepada sekolah yang menunjukkan kecenderungan atau rekod kesalahan pelajar yang tinggi.

Selain itu, PDRM telah melaksanakan pelbagai inisiatif kawalan keselamatan termasuk rondaan berkala di kawasan sekolah. Fokus utama adalah kepada sekolah yang mempunyai kes disiplin tinggi. Pendekatan ini lebih berkesan berbanding pelaksanaan secara menyeluruh.

Langkah bersepadu itu dijangka dapat mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan pelajar sekali gus memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif di Terengganu.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …