WRUR: HIDUPKAN SUASANA DESA, PUPUK BUDAYA SAYANGKAN ALAM SEKITAR

Klebang – Menghidupkan semula suasana desa dan menggamit kenangan lama, itulah gambaran kemeriahan Pertandingan Memancing Joran Terbang Santai bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang.

Pertandingan berlangsung di sepanjang tali air berhampiran Sekolah Rendah Agama JAIM Batang Tiga, di sini, semalam menggamit lebih 300 peserta dari kampung berhampiran dan sekitar  DUN Klebang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Wira Lim Ban Hong berkata, program penuh dengan hilai tawa itu secara tidak  langsung mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan komuniti.

“Saya lihat ramai peserta yang datang bersama ahli keluarga seperti anak bersama ayah, datuk bersama cucu, bukan setakat lelaki ramai juga wanita yang turut serta, sekali gus membuktikan program seperti ini benar-benar memberikan impak dalam menyuburkan lagi perpaduan.

“Lokasi pertandingan menyajikan pemandangan indah sawah padi memupuk kesedaran dan meningkatkan lagi kesedaran berhubung kepentingan menjaga alam sekitar. Parit dalam keadaan bersih ikan juga banyak, pertandingan baru sahaja bermula sudah ada peserta yang berjaya mendaratkan ikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi pertandingan yang turut dihadiri Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Muhammad Firdaus Shariff.

“Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batang Tga  dan MBMB.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …