TABIKA KEMAS PINTAR STREAM NEGERI SEMBILAN TERIMA KUNJUNGAN RAKAN STREAMERS DARI NEGERI SABAH

   

TABIKA KEMAS PINTAR STREAM Negeri Sembilan menerima kunjungan rakan STREAMERS dari Negeri Sabah yang tiba pada jam 1.00 petang.

Seramai 14 orang peserta terdiri dari ahli STREAM diiringi Penolong Pengarah BPAK Negeri Sabah Pn Ruran Balang.

Di antara pengisian aktiviti yang telah dijayakan bersama adalah Tresure Hunt (Learning Centre) dan juga perkongsian mengenai Pembelajaran Teknologi Digital dan Aplikasi yang digunakan bagi menyediakan PdP yang menarik dan berkesan.

Turut hadir bersama Penolong Pengarah BPAK Negeri Sembilan Pn Halija Md Talib, Penolong Pengarah Kewangan dan Pembangunan Pn Mariani Jamaludin, Pegawai Unit PAK, Pegawai KEMAS Daerah Rembau, Pen. Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak Parlimen Rembau.

Semoga pertemuan ini dapat memberi impak yang baik dalam setiap perkongsian yang bermanfaat bersama kepada barisan Pendidik Masyarakat TABIKA KEMAS. Ayuh kita berganding bahu dalam melaksana dan menjana kemenjadian kanak-kanak demi agama bangsa dan negara.

     

Sumber : FB KEMAS Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

KPDN SABAH RAMPAS 7,380 LITER MINYAK DIESEL

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan …
Maklumat Lanjut

RM1.41 BILION PERUNTUKAN LUAR BANDAR DI SABAH TAHUN INI

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.41 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan …
Maklumat Lanjut

LELAKI WARGA KOREA DIDAKWA GUNA DOKUMEN PALSU

KOTA KINABALU (10 Mei): Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen …
Maklumat Lanjut