KENALI COVID-19 UNTUK HIDUP BERSAMA COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Virus Covid-19 sehingga kini tetap tidak dapat dielakkan daripada kehidupan seharian manusia. Oleh itu, manusia perlu membiasakan diri dan belajar untuk hidup selamat bersama virus COVID-19.

Untuk hidup bersama virus, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19. Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2 adalah:
• Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
• Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
• Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.

Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.

Bersama-sama ini dikongsikan infografik yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan COVID-19.

 

Sumber:

Laman Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …