KPDN SABAH RAMPAS 7,380 LITER MINYAK DIESEL

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor di kawasan Minintod Jalan Panglima Banting, Penampang semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 4.30 petang itu, sepasukan penguatkuasa berjaya menyita sebanyak 7,380 liter minyak diesel yang diletakkan dalam beberapa tangki penyimpanan.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, ia termasuklah disimpan didalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dalam sebuah Van jenama Toyota (180 liter), skid tank 1 (800 liter), dan skid tank 2 (6,400 liter) yang disyaki untuk dijual kepada industri.

Katanya, turut disita hos getah dan mesin pump yang disyaki digunakan untuk menyeleweng dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM57,067.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga stor di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

”Pihak kita telah menjalankan risikan selama seminggu dan berdasarkan keterangan awal, premis stor tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan minyak diesel di lokasi berkenaan.

”Sebagai tindakan lanjut, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

”Siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …