RM1.41 BILION PERUNTUKAN LUAR BANDAR DI SABAH TAHUN INI

KOTA KINABALU (10 Mei): Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.41 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek atau program pembangunan luar bandar di Sabah pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jumlah itu membabitkan peningkatan sebanyak RM290.1 juta atau 20.5 peratus berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah itu adalah yang tertinggi diagihkan KKDW berbanding peruntukan yang diberikan kepada negeri lain pada tahun ini.

“Peruntukan itu merangkumi 295 program atau projek yang terdiri daripada 70 program atau projek baharu dan 225 program atau projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berjumlah RM17.8 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB), di sini, hari ini.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, daripada RM1.41 bilion itu, sebanyak RM1.06 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan 224 projek infrastruktur seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Jambatan Luar Bandar (JMLB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

Katanya, peruntukan itu juga membiayai projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) bagi menyokong usaha kerajaan negeri untuk pembangunan di Sabah.

 

#MalaysiaMadani

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

#MKNSabah

 

Sumber: Info X

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …