POLIS TAHAN DUA LELAKI SUSPEK BUNUH PEMUDA DI PUTATAN

TAHAN: Suspek ditahan dalam tempoh kurang enam jam selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh mangsa.

PENAMPANG: Dua lelaki tempatan ditahan polis dalam tempoh kurang enam jam selepas seorang pemuda berusia 24 tahun ditemukan meninggal dunia susulan pergaduhan di hadapan sebuah premis perniagaan di Putatan.

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 45 tahun itu diberkas di Kampung Dumpil, Putatan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan bantuan anggota Balai Polis Putatan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan premis perniagaan berkenaan semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada awal pagi tadi.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula esok hingga 2 Disember depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media.

Sammy berkata, motif kejadian dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan dan tidak dihukum mati.

“Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi IPD Penampang atau tampil ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

SENI DAN TEKNOLOGI PERLU DIBANGUNKAN SECARA SEIMBANG: HAJIJI

CENDERAMATA: Isnin menerima cenderamata daripada penganjur selepas mewakili Hajiji merasmikan PASTIK 2026 di Dewan Resital UMS. KOTA KINABALU: Kemajuan teknologi …

BIMP-EAGA PERLU PERSEKITARAN PELABURAN KONDUSIF PACU INTEGRASI EKONOMI

HADIR: Ewon (lima kanan) bersama delegasi Malaysia ketika menghadiri Forum Ketua Menteri, Gabenor dan Kerajaan Tempatan BIMP-EAGA (CMFLF). KOTA KINABALU: …

POLIS TAHAN DUA LELAKI SUSPEK BUNUH PEMUDA DI PUTATAN

TAHAN: Suspek ditahan dalam tempoh kurang enam jam selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh mangsa. PENAMPANG: Dua lelaki tempatan ditahan …