LELAKI DITAHAN, ROKOK TIDAK BERCUKAI DIRAMPAS DI RANAU

RAMPAS: Rampasan rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai kastam.

RANAU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas beberapa kotak rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dalam Op Tiris di sebuah premis di daerah ini, pada Rabu.

Rampasan itu dibuat Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan pematuhan lesen penjual dan pengedar barangan keperluan bersubsidi, selain membanteras kegiatan penyelewengan serta penyeludupan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan beberapa kotak rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai kastam.

“Seorang lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis akan terus mempergiatkan rondaan dan pemeriksaan menerusi Op Tiris bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang di daerah berkenaan.

Mursalin turut menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada polis menerusi Bilik Gerakan IPD Ranau di talian 088-875222.

“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

POLIS TAHAN DUA LELAKI SUSPEK BUNUH PEMUDA DI PUTATAN

TAHAN: Suspek ditahan dalam tempoh kurang enam jam selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh mangsa. PENAMPANG: Dua lelaki tempatan ditahan …

LELAKI DITAHAN, ROKOK TIDAK BERCUKAI DIRAMPAS DI RANAU

RAMPAS: Rampasan rokok pelbagai jenama yang disyaki tidak bercukai kastam. RANAU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas beberapa kotak rokok …

OPS TEGAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …