KERETA PANAS, UBAT DALAM LACI MAKIN LEMAH

Jangan biar inhaler, pen insulin atau ubat harian tertinggal dalam kereta, walaupun singgah kedai ‘sekejap je’. Ramai simpan ubat dalam laci dashboard atau poket pintu sebab senang capai. Kereta pula diparkir di bawah matahari tengah hari. Suhu dalam kabin kereta yang tertutup boleh melebihi 40 hingga 50 darjah Celsius dalam masa singkat. Pakar kesihatan awam tempatan mengingatkan, buka tingkap sedikit pun tak banyak membantu. Sedangkan banyak ubat direka untuk disimpan bawah 25 darjah.

Bila terlalu panas, ubat boleh jadi kurang berkesan. Ibarat coklat yang tertinggal dalam kereta. Bezanya, coklat yang cair kita nampak. Ubat yang dah lemah, kita cuma sedar bila ia tak menjadi.Antara yang paling sensitif ialah insulin, sesetengah inhaler, krim kulit, sesetengah pil perancang, serta mesin dan jalur ujian gula darah  Insulin yang terlebih panas boleh hilang kekuatannya. Inhaler pula ialah tin bertekanan, dan haba melampau boleh mengubah dos yang keluar setiap kali disedut. Untuk pesakit asma atau kencing manis, ini bukan perkara kecil. Ubat yang lemah mungkin tak cukup kuat bila paling diperlukan. Bawa ubat keluar bersama bila turun dari kereta.

Simpan dalam beg tangan atau beg kecil yang memang dibawa ke mana-mana. Untuk perjalanan jauh, letak ubat dalam kabin yang berhawa dingin, bukan dalam but. Baca juga araha simpanan pada kotak atau risalah ubat. Di rumah pun sama. Simpan ubat di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari, bukan dalam bilik air atau dekat dapur. Kalau ubat dah lama terdedah panas, jangan teka sendiri. Bawa ke ahli farmasi dan tanya sama ada masih sesuai digunakan. Kereta untuk bawa kita.Bukan untuk simpan ubat kita.

 

Sumber:Publichealthmalaysia

Artikel/Berita Terkini

MENCEGAH STROK

Strok atau angin ahmar merupakan kelumpuhan saraf yang berlaku disebabkan kekurangan oksigen yang dibawa ke bahagian otak. Strok berlaku melibatkan …

KERETA PANAS, UBAT DALAM LACI MAKIN LEMAH

Jangan biar inhaler, pen insulin atau ubat harian tertinggal dalam kereta, walaupun singgah kedai ‘sekejap je’. Ramai simpan ubat dalam …

BEBAS GULA, TAPI PERUT YANG MENANGGUNG

Jangan terus salahkan nasi kandar atau kopi bila perut asyik memulas setiap petang, kalau dalam laci meja ada sebekas gula-gula …