Ramai pemandu masih memandang remeh penggunaan segitiga keselamatan apabila kenderaan mengalami kerosakan di jalan raya. Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), alat pemantul cahaya ini sangat penting untuk memberi amaran awal kepada pemandu lain dari arah belakang, terutamanya pada waktu malam atau ketika hujan lebat.
Apabila berdepan situasi kecemasan, pemandu wajib melakukan tiga langkah keselamatan utama.
- Pertama, hidupkan lampu kecemasan dengan segera.
- Kedua, letakkan segitiga keselamatan pada jarak sekurang-kurangnya 45 meter atau 147 kaki di belakang kenderaan di lorong yang sama.
- Ketiga, utamakan keselamatan diri sebelum memeriksa keadaan kenderaan anda.
Mengabaikan prosedur mudah ini boleh mendedahkan anda kepada risiko kemalangan berantai, kecederaan parah, malah kehilangan nyawa. Selain itu, anda juga berisiko dikenakan tindakan undang-undang serta menanggung kerugian harta benda dan masa. Ingatlah, anda bertanggungjawab terhadap keselamatan di jalan raya dan orang tersayang sentiasa menanti kepulangan anda di rumah.
- Sumber Rujukan: Info Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia



