Air banjir mungkin kelihatan cetek, namun arus deras, jalan berlubang dan objek tersembunyi boleh mengundang bahaya. Jangan redah laluan yang dinaiki air atau mengambil jalan pintas yang boleh mengancam nyawa.
Sekiranya air mulai meningkat, bertindak segera, berpindah ke tempat selamat dan patuhi arahan pihak berkuasa. Utamakan keselamatan diri dan keluarga. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal!
Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri



