AIR NAIK SEKELIP MATA, BAHAYA ELEKTRIK JANGAN DIPANDANG SEBELAH MATA!
Banjir kilat boleh berlaku tanpa diduga, khususnya di kawasan bandar. Dalam keadaan air mula naik, keselamatan elektrik juga perlu diberi perhatian.
Tahukah anda? Peti pembekal elektrik (feeder pillar) yang sering kita lihat di tepi jalan boleh mengundang risiko renjatan elektrik sekiranya ditenggelami air banjir.
Ingat tiga perkara penting:
Jangan dekati peti pembekal elektrik yang terendam.
Jangan sentuh peti atau pepasangan elektrik yang terjejas akibat banjir.
Segera laporkan kepada pihak utiliti elektrik sekiranya terdapat pepasangan elektrik yang terendam atau rosak.
Air banjir mungkin kelihatan biasa, tetapi bahaya elektrik tidak semestinya kelihatan.
Utamakan keselamatan diri dan orang di sekeliling.
Sumber : Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia)



