JAGA IMEJ ORGANISASI: BERADA DI LUAR BUKAN ATAS ARAHAN KERJA ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB

Suasana pagi di kedai makan lazimnya dipenuhi dengan deretan pelanggan singgah untuk bersarapan. Namun, kehadiran seorang dua individu yang berpakaian baju batik atau pakaian pejabat, malah terlihat tanda nama seorang penjawat awam boleh menarik perhatian pengunjung sekeliling. Sambil menikmati hidangan dan minuman dengan bersahaja, gerak-gerinya yang kelihatan santai tanpa sebarang rasa tergesa-gesa mula menerbitkan syak serta andaian dalam kalangan masyarakat yang berada di premis yang sama.

Perbuatan berada di kedai makan dalam waktu bekerja rasmi secara tidak langsung menimbulkan prasangka mendalam tentang integriti serta komitmen sesetengah kakitangan tersebut. Orang ramai yang menyaksikan keadaan itu sukar untuk tidak mengaitkannya dengan isu culas tugas, culas masa, atau sikap mencuri waktu terhadap amanah yang digalas.

Tanggapan negatif ini merosakkan imej kerana rakyat mengharapkan perkhidmatan yang cekap, pantas, dan komited daripada penjawat awam yang dibayar gaji menggunakan wang pembayar cukai.

Secara keseluruhannya, insiden sebegini mempamerkan betapa pentingnya pematuhan etika kerja dan kesedaran integriti di khalayak ramai. Walaupun berkemungkinan individu tersebut sedang berada dalam tempoh rehat yang dibenarkan atau mempunyai urusan rasmi di luar, persepsi awam tetap terbentuk berdasarkan apa yang dilihat secara kasar. Oleh itu, setiap penjawat awam mahupun swasta sewajarnya sentiasa menjaga imej dan perlakuan demi memelihara kepercayaan serta penghormatan masyarakat terhadap mereka dan juga organisasi mereka bekerja.

 

Sumber: Institut Intergriti Malaysia

Artikel/Berita Terkini

JAGA IMEJ ORGANISASI: BERADA DI LUAR BUKAN ATAS ARAHAN KERJA ADALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB

Suasana pagi di kedai makan lazimnya dipenuhi dengan deretan pelanggan singgah untuk bersarapan. Namun, kehadiran seorang dua individu yang berpakaian …

PROGRAM MADANI KITA: MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT @ BEAUFORT, SABAH

BEAUFORT, Program MADANI Kita: “Memaknai Harapan Rakyat” telah berlangsung dengan meriah di Dewan Pa’Musa dan Dataran Bagandang, Beaufort, Sabah. Program …

AKPS PERKENAL HOLOGRAM DI KLIA TERMINAL 1, BANTU PENGEMBARA DAPATKAN MAKLUMAT KETIBAAN

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membangunkan teknologi hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa …