KENALI DAN LINDUNGI DARIPADA SINARAN ULTRA UNGU

Dalam keadaan cuaca yang lebih panas, kurang hujan dan langit yang lebih cerah, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti di luar, khususnya antara jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang apabila sinaran UV lazimnya mencapai tahap maksimum.

Lapisan ozon merupakan pelindung semula jadi Bumi daripada sinaran UV Matahari. Namun, tahap sinaran UV yang sampai ke permukaan turut dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk kedudukan matahari, litupan awan, kandungan ozon dan keadaan atmosfera semasa.

Beberapa langkah mudah boleh kita amalkan:

☀️ Kurangkan aktiviti di luar antara 11.00 pagi hingga 4.00 petang

☀️ Gunakan sunscreen SPF 30 atau lebih

☀️ Pakai pakaian yang sesuai, topi dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV

☀️ Berteduh atau berada di kawasan berbumbung jika perlu berada di luar

☀️ Pastikan pengambilan air yang mencukupi, terutama ketika cuaca panas

 

Perhatian lebih juga perlu diberikan kepada kanak-kanak, warga emas serta mereka yang banyak bekerja di luar bangunan. Satu perkara yang perlu kita fahami, suhu yang panas tidak semestinya bermaksud Indeks UV tinggi kerana kedua-duanya tidak mempunyai hubungan secara langsung.

Jadi, sentiasalah peka dengan keadaan semasa dan ikuti maklumat serta nasihat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia. Jaga diri, jaga keluarga dan jangan ambil mudah apabila berada terlalu lama di bawah sinaran matahari.

 

Sumber: Met Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …