Sebelum turun ‘explore’ keindahan dasar laut, jom semak tips penting daripada Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berikut – Supaya aktiviti selam anda lebih selamat dan lancar:
🛟 Jangan solo dive! Wajib ada buddy atau kawan sebelah.
❎ Jauhkan ubat & alkohol sebelum turun ke air supaya fokus tidak terjejas.
❗️Batalkan aktiviti menyelam jika badan tidak sihat atau demam.
✅Periksa peralatan dahulu. Pastikan semua ‘diving gears’ berkeadaan baik dan tip-top.
⚓️ Bawa peranti wajib ada seperti ‘Personal Locator Beacon’ (PLB), Marine GPS, dan Dye Marker (boleh scan QR code pada poster untuk pendaftaran PLB anda).
👍Guna instructor yang legit sahaja — pastikan mereka memiliki lesen dan berpengalaman.
⚠️Jangan panik! Kalau rasa ‘unsecure’ ketika berada dalam air atau berlaku sebarang insiden, cepat-cepat signal kawan selam anda.
‘Safety first’… Baru aktiviti riadah dan rekreasi menyelam lebih menyeronokkan! .
.
Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia



