Pernahkah anda mendapati anak membuka kereta mainan atau jam semata-mata mahu melihat apa yang ada di dalamnya?
Walaupun kadangkala menyebabkan barang rosak, tingkah laku ini menunjukkan mereka berminat memahami bagaimana sesuatu objek berfungsi.
Ini adalah tanda Kecerdasan Praktikal (Kinestetik) & Sifat Ingin Tahu Yang Tinggi. Mereka mempunyai minda seorang jurutera atau saintis yang mahu memahami bagaimana sesuatu berfungsi (how things work).
Daripada terus memarahi mereka, cuba berikan permainan STEM, blok binaan atau kit eksperimen yang lebih sesuai dan selamat.
Sifat ini boleh berkembang kepada bidang seperti jurutera mekanikal, jurutera elektrik, juruteknik, pakar robotik, pakar automotif, pembangun perisian atau pakar kecerdasan buatan (AI).
Kita sebagai ibubapa boleh menyokong mereka dengan cara jangan memarahi mereka jika mainan rosak. Sediakan barang-barang terpakai yang selamat (seperti radio rosak, botol plastik, atau mainan jenis Lego dan puzzle) untuk mereka bongkar dan pasang semula.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/otak-kanak-kanak-sedang-berkembang-pesat-semasa-tempoh-awal-perkembangan-kanak-k/3396847037271811/



