JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 4: SUKA BERCAKAP DAN MEMIMPIN RAKAN)

Sesetengah anak gemar memberi arahan ketika bermain atau sentiasa menjadi orang pertama yang memulakan perbualan.

Walaupun kadangkala dianggap terlalu bising atau suka mengarah, sifat ini boleh menjadi petunjuk kepada kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang baik.

Dengan bimbingan yang sesuai, mereka boleh belajar menghormati orang lain sambil membina keyakinan diri melalui aktiviti berkumpulan, pengucapan awam atau kelab di sekolah.

Mereka berpotensi menjadi guru, peguam, pengacara televisyen, usahawan, pengurus, ahli politik, jurujual profesional atau pencipta kandungan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan Kecerdasan Linguistik & Ciri Kepimpinan (Leadership). Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi, pandai berkomunikasi, dan berbakat menjadi ketua suatu hari nanti.

Dengan itu kita patut berikan mereka tanggungjawab di rumah, seperti mengetuai bacaan doa atau membantu mengemas bersama adik-beradik. Latih mereka untuk menjadi pendengar yang baik juga supaya bakat kepimpinan mereka lebih matang.

 

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/otak-kanak-kanak-sedang-berkembang-pesat-semasa-tempoh-awal-perkembangan-kanak-k/3396847037271811/

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 5: SUKA MEMBUKA DAN MEMASANG SEMULA BARANG)

Pernahkah anda mendapati anak membuka kereta mainan atau jam semata-mata mahu melihat apa yang ada di dalamnya? Walaupun kadangkala menyebabkan …