JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana sini. Sering dilabel lasak atau hiperaktif, padahal ia menunjukkan tenaga fizikal tinggi serta gaya pembelajaran aktif yang boleh cemerlang jika disalurkan dalam bidang sukan atau kepimpinan.

Walaupun tingkah laku seperti ini perlu dipantau jika berlaku secara melampau atau menjejaskan perkembangan harian, ramai kanak-kanak sebenarnya mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi. Mereka belajar dengan lebih baik melalui pergerakan dan pengalaman secara langsung. Mereka perlu diberi peluang menyertai aktiviti seperti sukan, berenang, seni mempertahankan diri atau tarian bagi membantu menyalurkan tenaga ke arah yang positif.

Kanak-kanak seperti ini mungkin cenderung menjadi atlet, jurulatih sukan, ahli fisioterapi, anggota bomba, anggota penyelamat, penari profesional atau jurulatih kecergasan. Berikan mereka peluang untuk menyalurkan tenaga tersebut melalui aktiviti luar seperti bermain di taman, berenang, atau sukan. Manakala semasa belajar, benarkan mereka berdiri atau memegang sesuatu (seperti stress ball) untuk membantu mereka fokus.

 

https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/otak-kanak-kanak-sedang-berkembang-pesat-semasa-tempoh-awal-perkembangan-kanak-k/3396847037271811/

Artikel/Berita Terkini

JANGAN CEPAT LABEL ANAKNAKAL (JENIS 3: GEMAR MELUKIS DI MANA-MANA BENTUK KECERDASAN ANAK)

Ada ibu bapa yang pening apabila melihat dinding rumah, meja atau buku dipenuhi contengan anak. Walaupun perbuatan itu perlu ditegur, …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 2: TIDAK BOLEH DUDUK DIAM)

Ada anak yang sukar duduk diam walaupun hanya beberapa minit. Mereka gemar berlari, memanjat, melompat dan sentiasa bergerak ke sana …

JANGAN CEPAT LABEL ANAK NAKAL (JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI)

Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel …