Setiap kanak-kanak mempunyai cara belajar, berfikir dan mengekspresikan diri yang berbeza. Namun, tidak dinafikan ada ibu bapa yang mudah melabel anak sebagai “nakal” apabila mereka terlalu aktif, banyak bercakap atau gemar mencuba pelbagai perkara. Hakikatnya, di sebalik tingkah laku tersebut mungkin tersembunyi bakat anak yang masih belum dikenal pasti.
Pakar perkembangan kanak-kanak menjelaskan bahawa setiap anak mempunyai kekuatan tersendiri.
Apa yang kelihatan seperti tingkah laku yang mencabar sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada kebolehan semula jadi yang, jika dipupuk sejak kecil, berpotensi berkembang menjadi kemahiran bernilai apabila dewasa.
Berikut lima jenis bakat yang sering disalah anggap sebagai ‘nakal’, beserta contoh kerjaya yang mungkin sesuai dengan kekuatan mereka
JENIS 1: SUKA BERTANYA TANPA HENTI

Jika anak anda sering mengajukan soalan tanpa henti, jangan cepat menganggap mereka mengada-ngada atau sengaja mahu menguji kesabaran. Anak yang suka bertanya tanpa henti adalah tanda bahawa otak mereka sedang berkembang aktif
Sikap ingin tahu yang tinggi merupakan antara ciri penting kanak-kanak yang gemar meneroka, berfikir secara kritis dan mencari penyelesaian. Mereka tidak mudah menerima sesuatu tanpa memahami sebab di sebaliknya. Ciri-ciri lain antaranya:
- Otak ligat berfikir:
Mereka akan bercakap tidak berhenti & asyik bertanya, ibubapa janganlah buat tidak peduli, bantulah anak talkative dan mencari sebab di sebalik sesuatu perkara.
- Mahu perhatian:
Kadangkala anak ini akan bertanya apabila ibubapa sibuk kerana mereka mahu perhatian.
- Proses belajar bahasa:
- Mengulang soalan membantu mereka mempraktikkan kemahiran pertuturan.
Beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani perkara ini secara bijak antaranya:
- Jangan marah atau herdik:
Tindakan ini boleh membuatkan anak tertekan dan terus menutup peluang untuk mereka belajar.
- Jawab sekadar mampu:
Berikan jawapan mudah yang sesuai dengan usia mereka.
- Cari jawapan bersama:
Jika tidak tahu, katakan: “Jom kita cari sama-sama” menggunakan buku atau internet.
- Alihkan perhatian jika sibuk:
Beritahu anak dengan lembut bahawa anda sedang melakukan tugasan penting dan akan menjawab selepas selesai.
Daripada mematahkan semangat mereka, cuba jawab mengikut kemampuan atau ajak mereka mencari jawapan melalui buku, eksperimen mudah atau video pendidikan
Minat ini boleh berkembang kepada bidang seperti doktor, saintis, jurutera, penyelidik, wartawan, pensyarah atau ahli akademik kerana kerjaya ini memerlukan rasa ingin tahu dan kemahiran menyelesaikan masalah.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/otak-kanak-kanak-sedang-berkembang-pesat-semasa-tempoh-awal-perkembangan-kanak-k/3396847037271811/



