MILIKI 600 LITER PETROL TANPA PERMIT, LELAKI DIPENJARA 10 BULAN

DIPENJARA: Lelaki terbabit dibawa ke penjara selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Tawau.

SEMPORNA: Padah memiliki 600 liter petrol tanpa permit, seorang lelaki didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau sebelum dihukum penjara 10 bulan selepas gagal membayar denda itu.

Hukuman diputuskan mahkamah pada 23 September lalu selepas lelaki berkenaan mengaku bersalah memiliki barang kawalan tanpa permit mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna, Mohammad Roli Aliman, berkata lelaki terbabit gagal membayar denda berkenaan dan kemudian dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman.

“Mahkamah turut memerintahkan 600 liter minyak petrol yang disita dijual dan hasil jualannya dijadikan hasil kerajaan.

“Sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dan enjin sangkut 40 kuasa kuda pula diserahkan kepada pihak KPDN untuk tujuan pelupusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes berkenaan adalah hasil tindakan penguatkuasaan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN, PMP Zulkifli Baco.

Mohammad Roli berkata, KPDN Cawangan Semporna akan terus mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan serta mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pihak yang melanggar undang-undang berkaitan kawalan bekalan.

“Ini selaras dengan komitmen KPDN bagi memastikan barang kawalan bersubsidi tidak disalahgunakan,” katanya.

 

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

RM63.5 JUTA PERKUKUH INDUSTRI SAWIT, PEKEBUN KECIL PERLU TERUS DIPERKASA

RASMI: Noraini menyempurnakan perasmian PKPKS 2026 di sini. KOTA KINABALU: Kerajaan menyediakan RM63.5 juta menerusi Belanjawan 2026 bagi memperkukuh pasaran, …

MILIKI 600 LITER PETROL TANPA PERMIT, LELAKI DIPENJARA 10 BULAN

DIPENJARA: Lelaki terbabit dibawa ke penjara selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Tawau. SEMPORNA: Padah memiliki 600 liter petrol tanpa permit, …

BOT PUKAT JERUT BILIS LANGGAR SYARAT LESEN, EMPAT DITAHAN

DITAHAN: Semua nelayan terbabit ditahan Maritim Malaysia untuk tindakan dan siasatan lanjut selepas disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan …