PERASMIAN LAPANGAN TERBANG KLIA

Pada 27 Jun dalam tahun 1998, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.  Pembinaan KLIA telah dilaksanakan oleh KL International  Airport Berhad (KLIAB), melibatkan perbelanjaan sebanyak  RM10.5 bilion dan siap dibina dalam tempoh 36 bulan. KLIA digelar sebagai  lapangan terbang abad ke-21 kerana  dilengkapi dengan kemudahan yang canggih dan mempunyai teknologi yang terkini.  Kira-kira pukul 9.45 malam, sebuah pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) telah melakukan pendaratan pertama di KLIA. KLIA menjadi kebanggaan rakyat Malaysia bukan hanya kerana kemudahan yang disediakan malah ia merupakan salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di dunia dan pintu masuk utama ke negara ini.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …